TOKOH

HAMZAH FANSURI
Syeikh Hamzah al-Fansuri dilahirkan di Barus atau Fansur pada pertengahan abad ke-16 hingga awal abad ke-17, tetapi terikh lahir secara tepat belum dapat ditentukan. Fansur merupakan sebuah kampong yang terletak di antara Kota Singkel dengan Gosong Telaga (Aceh Selatan). Semasa zaman kerajaan Aceh Darussalam, Kampung Fansur itu terkenal sebagai pusat pendidikan Islam di bahagian Aceh Selatan. Perbezaan pendapat menyatakan bahawa beliau dilahirkan di Syahrun Nawi atau Ayuthia di Siam dan berhijrah serta menetap di Barus. Ayah Seyikh Hamzah al-Fansuri bernama Syeikh Ismail Aceh pernah menjadi gabenor di Kota Sri Banoi. Beliau menggantikan Gabenor Wan Ismail yang berasal dari Patani, yang melepaskan jawatan kerana usianya yang lanjut.
            Ibu bapa Hamzah telah meninggal dunia ketika beliau masih kecil. Suasana dan keadaan ini mendorong beliau hidup terpencil dan berdagang atau mengembara dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Sewaktu mengembara dan berdagang itu, Syeikh Hamzah al-Fansuri telah belajar berbagai-bagai ilmu dalam masa yang lama. Selain menimba ilmu di Aceh, beliau juga mengembara ke pelbagai tempat, di antaranya ke Banten (Jawa Barat). Sumber lain juga menyatakan bahawa beliau pernah mengembara keseluruh tanah Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, India, Parsi dan Arab. Dikatakan bahawa Syeikh Hamzah al-Fansuri sangat mahir dalam ilmu-ilmu fikah, tasawuf, falsafah, mantiq, ilmu kalam, sejarah, sastera dan lain-lain. Dalam bidang bahasa pula, beliau menguasai dengan kemas seluruh sektor ilmu Arabiyah dan fasih dalam pengucapan bahasa tersebut. Beliau juga berkebolehan dalam pelbagai bahasa lain seperti bahasa Urdu, Parsi, Melayu dan Jawa. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa ibundanya. Bahasa Melayu yang digunakannya itu sudah memperlihatkan bentuk seperti yang digunakan sekarang.

Karya Hamzah Fansuri
Karya-karya Hamzah Fansuri sentiasa mengandungi kritikan-kritikan terhadap dunia politik dan raja-raja sehinggakan beliau serta pengikutnya disenangi oleh kalangan istana. Disebabkan kebencian ini, nama Hamzah Fansuri termaktub dalam kitab penting sejarah Aceh iaitu Hikayat Acheh dan Bustanus Salatin. Selain daripada bidang kesusasteraan, Hamzah Fansuri juga mem pelopori bidang penulisan puisi-puisi falsafah dan mistik bercorak Islam. Karya-karya beliau dalam aspek ini tidak dapat ditandingi. Beliau juga merupakan orang pertama melahirkan kitab ilmiah Bahasa Melayu yang mempertingkatkan darjat bahasa melayu sebagai sebuah bahasa intelektual dan penting dari aspek penyebaran ilmu dan persuratan.
            Hamzah fansuri dikenali sebagai seorang ulama tasawuf dan sastera. Namun, beliau juga dikenali sebagai perintis dan pelopor dalam bidang kerohanian, kelilmuan, bahasa, sastera dan falsafah. Beliau merupakan seorang guru dan ulama yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang tasawuf, fikh, mantik, sastera, sejarah dan falsafah. Hamzah Fansuri gemar menulis sastera dalam bentuk prosa dan puisi. Antara prosanya ualah kitab-kitab agama dan tasawuf. Sebagai contoh, Asrarul ‘Arifin fi bayani ‘llmis Suluk wat Tauhid merupakan sebuah karya tasawuf yang mengandungi akidah aliran Wahdatul Wujud. Manakala karya Al-Muntahi dan Syarbu;’ Asyiqin atau Zinatul Muwahhidin mengandungi yang syariah, hakikat, tarikat dan makrifat.
            Hamzah Fansuri terkenal sebagai pelopor puisi Islam yang bersifat agama dan tasawuf atau sufi: Ruba’I hamzah Fansuri mengandungi 42 buah rangkap syair yang berinti ajaran Wahdatul Wujud. Syair-syair Hamzah Fansuri yang lain ialah
Syair Si Burung Pingai,
Syair Si Burung Pungguk,
Syair Sidang Faqir,
Syair Dagang,
Syair Perahu.

TUN SERI LANANG
Nama sebenarnya ialah Tun Muhammad, bergelar Paduka raja seorang yang berjawatan Bendahara. Tun Seri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Kedudukannya ialah sebagai Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615. Ada tanda-tanda yang menunjukkan beliau mempunyai darah keturunan Tun perak, bendahara Melaka yang sangat bijak dan membawa Melaka ke persada dunia. Tun Seri Lanang, sebenarnya bukanlah terkenal sebagai pengarang. Beliau lebih terkenal sebagai pemimpin. Namun mempunyai minat dalam dunia kepengaranangan Titah raja dilakukannya dengan sempurna. Beliau mendapatkan teks tersebut daripada Goq dan kemudiannnya menyusun, menambah dan memperbaiki mana-mana yang perlu. Istilah zaman pascamoden kerja beliau dinamakan sebagai intertekstualiti. Kerja mengarang itu dimulai pada bulan Fenruari 1614 sewaktu di Johor dan kemudian di sambung di Aceh. Tambahan pula, semasa menulis Sejarah Melayu, Tun  Seri Lanang berada dalam tawanan Aceh. Setelah sempurna dikerjakan, Tun Seri Lanang sedar bahawa isinya adalah mengenai salasilah raja-raja Melaka. Teks diberi nama Sulalatus Salatin yang bererti “Salasilah Segala Raja-Raja” kemudian doterjemahkan oleh golongan moden menjadi Sejarah Melayu.

Ketokohan Tun Seri Lanang
Tun Seri Lanang dilantik sebagai uleebalang Samalanga yang pertama yang terletak di pesisir timur Aceh pada tahun 1613 dan terus memerintah selama 40 tahun sehingga kematiannya pada tahun 1659 di Samalanga Aceh. Beliau menjadikan Samalanga sebagai pusat pendidikan di Kesultanan Aceh Darussalam. Beliau banyak membangunkan banyak masjid yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempeh ibadah, tetapi juga pusat pengajian Islam seperti Kuta Balng, Mesjid Raya dan Masjid Matang Wakeuh.
            Beliau juga bertindak sebagai penasihat kepada Dultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Sultan Iskandar Thani dan Seri Ratu Sultanag Tajul Alam Safiatuddin Shah. Keturunan beliau Aceh telah bercampur baur dengan bangsawan Aceh, banyak yang menjadi tokoh terkenal seperti Pocut Meuligo-“Srikandi Aceh”, Amponsyik Teuku Muda Bugid, Uleebalang Samalanga yang berhasil menewaskan Belanda dalam perang Acheh (1873-1942) pada tahun 1881 serta banyak lagi.

SYAMSUDDIN AL-SUMATRANI
Syamsuddin al-Sumaterani adalah salah seorang sufi Nuzantara yang sering juga disebut Syamsuddin pasai. Nama lengkapnya adalah al-Syaikh Syamsuddin ibn Abdullah al-Sumatrani. Ia berasal dari Sumatera, yang pada saat itu dikenali dengan nama Samudra Pasai. Ia hidup pada masa kerajaan Aceh Darussalam di bawah rezim Raja Iskandar Muda (1607-1636 M). beliau adalah penyambung ajaran wujudiyyah Hamzah Fansuri, yang pada akhirnya ajaran-ajaran beliau ditentang keras oleh Syaikh Nuruddin al-Raniri yang hidup pada masa rezim Raja Iskandar Tsani (1636-1642 M). beliau dikatakan lahir antara tahun 1575-1630 M dan beliau dikatakan meninggal dunia pada saat kekalahan pasukan Aceh melawan Melaka iaitu 12 Rejab 1039 H atau bersamaan dengan 24 Fenruari 1630 M.
            Tauhid adalah ajaran utama Syaikh Syamsuddin, iaitu tentang wujud Tuhan yang satu. Beliau merupakan penganut fahaman wahdat al-wujud dan dikenali sebagai salah satu tokoh terkemuka kaum wujudiyyah yanga da di Aceh. Beliau mengatakan bahawa tidak ada sesiapa pun dalam wujud kesuali Tuhan. Pandangan tidak ada mawjud selain Tuhan dalam pengajaran Syaikh Syamsuddin ini disebut dengan ajaran tauhid murnia atau tauhid hakiki.
            Pemikiran tasawuf dari Syaikh Syamsuddin yang berkaitan dengan Tuhan dan alam adalah tentang martabat tujuh. Ketujuh martabat itu adalah martabat ahadiyyah, martabat wahdah, martabat wahidiyyah, martabat alam al-arwah, martabat alam al-mitsal, martabat alam al-ajsam dan martabat alam al-insan.

Karya-Karya Syamsuddin Al-Sumatrani
Aktiviti penulisan pengetahuan keIslaman di Aceh memang dimulai oleh Hamzah Fansuri, yang dilanjutkan ikeh Syamsuddin Sumatrani sebagai muridnya. Hal yang ditulis oleh Syamsuddin Sumatrani adalah senada dan seirama dengan fahaman dan tulisan Hamzah Fansuri. Pengetahuan sufi tahap mentahi kedua tokoh ini tidak pernag ditentang ileh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri (Syiah Kuala) sepertimana diputarbelitkan dari sudut sejarah dan ilmiyah oleh setengah penulis yang mengatakan Abdul Rauf Fansuri memihak kepada Nuruddin al-Raniri.
            Karya-karya Syamsuddin Sumatrani ada yang ditulis dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu (Jawi), antara karyanya adalah seperti berikut:
1.      Jawhar al-Haqa’iq (30 halaman;berbahasa Arab), merupakan karyanya yang paling lengkap yang telah disunting oleh Van Nieuwenhujize. Kitab ini menyajikan pengajaran tentang martabat tujuh dan jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuham.
2.      Risalah Tubayyin Mulahazhat al-Muwahiddin wa al-Mulhidin fi Dzikr Allah ( 8 halaman; berbahasa Arab). Kerya yang telag disunting oleh Van Nieuwenhuijze ini, walaupun sedikit sahaja halamannya tetapi sukup penting kerana mengandungi penjelasan tentang perbezaan pandangan antara kaum yang mulhid dengan yang bukan mulhid.
3.      Mir’at al-Mu’minin (70 halaman; berbahasa Melayu). Karyanya ini menjelaskan ajaran tentang keimanan kepada Allah, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, para malaikat-Nya, hari akhirat, dan kadar-Nya. Jadi pengajarannya dalam karya ini membicarakan butir-butir akidah, sejalan dengan faham Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
4.      Syarah Ruba’I Hamzah Fansuri (24 halaman; berbahasa melayu). Karya ini merupakan ulasan terhadap 39 bait (156 baris) syair Hamzah Fansuri. Isinya antara lain menjelaskan pengertian kesatuan wujud )wahdat al-wujud). Karya ini bukti yang cukup kuat bahawa Syamsuddin Sumatrani adalah penyambung aktiviti dan bertanggungjawab menyebarkan ajaran gurunya Hamzah Fansuri.
5.      Syarah Sya’ir Ikan Tongkol (20 halaman; berbahasa Melayu). Karya ini merupakan ulasan (syarh) terhadap 48 baris syair Hamzah Fansuri yang mengupas soal Nur Muhammad dan cara untuk mencapai fana; di dalam Allah.
6.      Nur al-Daqa’iq (9 halaman; berbahasa Arab, 19 halaman; berbahasa Melayu). Karya yang sudah ditrankripsi oleh AH. Johns ini (1953) mengandungi pembicaraan tentang rahsia ilmu makrifah (martabat tujuh).
7.      Kitab al-Harakah (4 halaman; ada yang berbahasa Arab dan ada pula yang berbahasa Melayu). Karya ini berbicara tentang ma’rifah atau martabat tujuh.

MUNSYI ABDULLAH
Abdullah Munsyi atau nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Beliau dilahirkan pada tahun 1796, di kampong Pali Melaka. Beliau merupakan anak bongsu dari empat orang adik-beradik dan telah kematian ketiga-tiga abangnya sejak kecil. Ayahnya berketurunan Arab Yaman manakala ibunya Salamah berketurunan dari India. Sejak kecil dia telah diajar mengaji Al-Quran dan tulisan jawi serta tatabahasa bahasa Melayu oleh bapanya. Beliau juga turut belajar bahasa Tamil, Hindi dan juga bahasa Inggeris.
            Abdullah Munsyi juga pernah bertugas sebagai jurutulis kepada Sir Stamford Raffles. Beliau juga pernah membantu paderi Thamson dan Milne menterjemah kitab Injil ke dalam bahasa Melayu. Beliau menjadi guru bahasa Melayu kepada askar Inggeris keturunan India dan memangku jawatan pengetua di Anglo-Chinese College ketika Pader Tahmson pulang bercuti di England. Abdullah Munsyi meninggal dunia apda usia 58 tahun di Jeddah pada tahun 1854 ketika dalam perjalanan ke Mekah.
            Kejayaan Abdullah Munsyi sebagai pelopor sastera moden disebabkan oleh beberapa faktor tertentu. Pertama berkaitan dengan kuasa barat mulai bertapak di Tanah Melayu. Penjajahan barat oleh Inggeris ke atas Tanah Melayu telah menyebabkan kuasa golongan feudal mulai merosot, pada ketika proses transisi inilah Abdullah Munsyi tampil sebagai penulis yang membawa perubahan. Ini dapat dibuktikan melalui karya-karya yang dihasilkan beliau seperti Kisah Pelayaran Abdullah (1838) yang menceritakan pengalaman yang dilalui oleh beliau semasa mengikuti rombongan penjajah Inggeris ke negeri-negeri Pantai Timur.
            Kedua berasaskan faktor arus modenisasi yang dibawa oleh penjajah Barat. Kehadiran alat cetak yang dibawa bersama arus modenisasi barat telah memungkinkan karya-karya yang ditulis oleh Abdullah Munsyi dicetak dan diterbitkan. Beliau merupakan pengarang Melayu pertama yang karyanya dicetak. Faktor pergaulan dengan orang-orang barat turut memainkan peranan dalam kejayaan Abdullah Munsyi. Hubungan beliau dengan orang-orang barat sama ada ketika beliau bekerja ataupun menjadi guru bahasa Melayu, telah memperluaskan pemikirannya selari dengan modenisasi yang dibawa oleh orang orang barat.
Penulisan Abdullan Munsyi
      Dalam penulisannya Abdullah Munsyi membawa sikap dan pemikiran yang menjadi gagasan utama dalam karya-karyanya pertama, sikap dan pemikirannya terhadap bahasa Melayu. Abdullah Munsyi begitu berminat untuk mempelajari dan mendalami bahasa Melayu dan pemikirannya terhadap bahasa Melayu jelas apabila beliau menegaskan  betapa pentingnya bahasa Melayu perlu dipelajari oleh orang Melayu. Kenyataan ini dapat dijelaskan berdasarkan pendiriannya terhadap bahasa Melayu seperti yang ditulis oleh beliau dalam karyanya Kisah Pelayaran Abdullah (1838) yang antara lainnya beliau menyatakan rasa kesalnya terhadap orang-orang Melayu yang tidak mengambil berta tentang bahasa Melayu.
         Munsyi Abdullah memberi keutamaan terhadap ilmu-ilmu lain. Ini diterjemahkan melalui kesedaran beliau terhadap betapa mundur dan ceteknya pemikiran bangsanya telah mempengaruhi sikap dan pemikirannya terhadap ilmu-ilmu yang dibawa masuk oleh orang-orang barat. Situasi itulah yang mendorong beliau untuk mempelajari ilmu-ilmu baharu yang dibawa masuk oleh orang-orang barat. Dalam Hikayat Abdullah dinyatakan beliau belajar ilmu bumi seperti bentuk muka bumi, gerhana dan ilmu kira-kira.
       Munsyi Abdullah dalam karyanya khususnya Kisah Pelayaran Abdullah (1840) turut mencetuskan pandangannya terhadap cara hidup orang Melayu. Beliau beranggapan orang Melayu malas, lali dan pengotor. Bahasa percakapan orang Melayu juga buruk, makanan orang Melayu disebut terdiri dari bahan-bahan kotor. Beliau turut memuji sikap rajin perempuan Kelantan yang ringan tulang menjalankan perniagaan.
      Kesimpulannya, kedudukan Abdullah Munsyi dan hubungannya dengan persekitaran dan pengaruh Inggeris memberi peluang kepada Abdullah Munsyi meneroka ke dalam pemikiran dan penulisan baru dan beliau dianggap sebagai pelopor sastera moden.

SYEIKH ABDUL SAMAD AL-FALAMBANI
Syeikh Abdul Samad al-Falambani dilahirkan pada tahun 1704 masihi bersamaan tahun 1116 Hijrah, di Palembang. Melihat kepada susur galur keturunan beliau, Syeikh Abdul Samad berasal daripada keturunan Arab sebelah bapanya, iaitu Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahhab bin Syeikh Ahmad al-Mahdani. Ayah beliau merupakan ulama yang berasal dari Yaman yang dilanti menjadi Mufti negeri Kedah pada awal abad ke-18. Ibunya pula, Radin Rianti, ialah wanita Palembang yang diperisterikan oleh Syeikh Abdul Jalil selepas menikahi Wan Zainab, puteri Dato’ Sri Maharaja Dewa di Kedah.
            Syeikh Abdul Samad menerima pendidikan asas daripada ayahnya sendiri di Kedah. Setelah itu, Syeikh Abdul Jalil menghantar kesemua anaknya untuk mendalami ilmu di pondok di daerah Patani. Pada waktu itu, hanya Patani menjadi tempat menimba ilmu-ilmu keislaman sistem pondok secara lebih mendalam. Antara gurunya di Patani ialah Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Mubin Pauh Bok. Beliau juga turut mempelajari ilmu sufi daripada Syeikh Muhammad bin Samman di samping mendalami kitab-kitab tasawuf. Untuk bidang tasawuf, beliau berguru pula dengan Syeikh Abdul Rauf Singkel dan Syamsuddin al-Sumaterani yang masing-masing berasal dari Acheh. Beliau menjadi ulama yang memiliki kepakaran dan keistimewaan dalm cabang ilmu tasawuf kerana ilmu tersebut telah ditimba sejak kecil lagi.

Peranan Dan Sumbangan Syeikh Abdul Samad Al-Falambani
Hasil tulisan Syeikh al-Falambani banyak menyeru umat Islam berjihad melawan penjajah Eropah yang ketika itu menjajah kawasan Nusantara. Beliau turut menyebarkan ajaran-ajaran sufisme selain berperanan aktif dalam menyelesaikan dua persoalan pokok di Nusantara iaitu dakwah Islamiyah dan kolonialisme Barat. Menerusi dakwah Islamiyah, beliau memberi peringatan kepada masyarakat agar tidak terjebak dengan ajaran-ajaran sesat yang menyimpan daripada ajaran tasawuf sehingga mengabaikan syariat. Dalam menangani kolonialisme Barat pula, beliau menghasilkan kita Nasihah al-Muslimi wa Tazkirah al-Mu’min fi Fadali Jihad di Sabilillah demi meniupkan semangat jihad kepada umat Islam di seluruh dunia.

            Beliau adalah antara tokoh yang paling menonjol dalam bidang tasawuf dengan dua buah karyanya yang terkenal dan masih ada sehingga kini, iaitu Hidayatus Salikin dan Siyarus Salikin. Karya besar Sayr al-Salikin ila Ibadat Rabb al-‘Alamin yang siap dikarang di Taif pada 1778M memuatkan terjemahan Lubab Ihya’ Ulum al-Din karya Imam Al-Ghazali. Beliau juga menyajikan sistem ajaran tasawuf yang memusatkan kepada pencapaian makrifah kesufian melalui pembersihan bati dan penghayatan ibadah menurut syariat Islam. Sebuah lagi karya besar beliau, Hidayah al-Salikin fi Suluk Maslak al_muttaqin, memperlihatkan transformasi para ulama abad ke-18 yang mengambil langkah kembali mengikut tasawuf sunni al-Ghazali dan meninggalkan wahdatul wujud ibn al-‘Arabi yang sangat berpengaruh di Acheh. Antara kitab karangannya yang lain ialah Zahratul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid 1178 H/1764 M, Risalah pada menyatakan sebab yang diharamkan bagi nikah 1179 H/1765 M dan Puisi Kemenangan Kedah.

No comments:

Post a Comment