ASAL USUL BANGSA MELAYU


Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi. Keturunannya orang Melayu di Malaysia. Dikatakan lebih bijak dan mahir daripada Melayu Proto. Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto. Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini. Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.


Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan Bahasa melayu kepada tiga tahap yang utama, iaitu:
v  Bahasa Melayu Kuno
v  Bahasa Melayu Klasik
v  Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Kuno ini merupakan keluarga bahasa Nusantara Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya. Bahasa ini telah dijadikan sebagai bahasa lingu franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di adalah di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa ini telah menjadi bahasa lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana bahasanya yang memiliki ciri-ciri seperti berikut:
v  Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
v  Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.
v  Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
v  Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti telah menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Mudah Dipengaruhi Sanskrit
Pengaruh agama Hindu bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. Sifat Bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu Kuno pada Batu-batu Bersurat Abad ke-7 yang Ditulis dengan Huruf Pallava.

v  Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (638 M)


Bahasa Melayu Klasik
Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan telah berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam yang pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam. Zman permulaannya ditandai dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Bahasa Melayu klasik ini muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke14. Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak terdapat di Semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat yang lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.
            Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak mempengaruhi perkembangan Bahasa Melayu ketika itu, terutamanya dari aspek kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1380), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat pada abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan perkembangan Islam dan seterusnya bahasa pada ketika itu.
            Kemunculan Bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu lama. Terdapat kira-kira 10 000 naskhah manuskrip Melayu lama ini ada tersimpan di beberapa buah Negara, terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman daripada Sultan Ternate dari Kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah kitab Aqa’id al-Nasafi yang bertarikh 1590 (988 H). Terdapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh (1600), Hikayat Seri Rama (1633), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu. Dari segi fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan. Kebanyakan data berbentuk tulisan dan hal ini telah menyukarkan pengesanan sebutan yang sebenarnya. Awang Sariyan ada mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada tiga vokal sahaja, iaitu ‘i’, ‘a’, dan ‘u’ (daripada vokal Arab alif, ya dan wau). Namun demikian, dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam Bahasa Melayu, iaitu ‘a’, ‘e’ pepet, ‘e’ taling, ‘i’, ‘o’ dan ‘u’. Menerusi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Moden. Perlambangan bunyi getaran alveolar ‘r’ yang jelas menggunakan huruf ‘ra’ dalam bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik. Bunyi diftong pula telah memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu ‘ai’, ‘au’ dan ‘oi’.
            Merujuk kepada segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam Bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga telah berlaku bagi proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Melalui segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan Bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah seperti berikut:
v  Ayat yang panjang dan berbelit-belit.
v  Banyak ayat pasif.
v  Menggunakan bahasa istana.
v  Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul dan sebagainya.
v  Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya.
v  Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’.


Bahasa Melayu Moden

Konsep Bahasa Melayu Moden
Bermula pada abad ke-19 dan ke-20.
v  Bahasa ini adalah berasaskan kepada pembaharuan oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (Abdullah Munsyi).
v  Melalui karya Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu dalam Segala Negeri (1837), Hikayat Abdullah (1838), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838) dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah (1854).

Tahap Perkembangan Bahasa Melayu
v  Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar sebelum British.
v  Pada zaman British, Bahasa Melayu digunakan secara rasmi di lima buah Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis) dan Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan).
v  Pegawai British yang berminat dan menulis sarjana Bahasa Melayu ialah R. O. Winstedt, R. J. Wilkinson, C. C. Brown, W. E. Maxwell, W. Marseden, O. T. Dussek, A. M. Skinner, J. Crawford dan W. G. Shellabear.

Bahasa Melayu Moden
v  Sebelum merdeka, bahasa Inggeris diutamakan.
v  Muncul pergerakan secara perseorangan dan pertubuhan memperjuangkan Bahasa Melayu.
v  Pergerakan individu oleh Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako), Shamsudin Saleh dan A. Rahim Kajai.
v  Perjuangan secara pertubuhan seperti Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Pena, ASAS 50 (Angkatan Sasterawan 50).

Bahasa Melayu Moden Pasca Merdeka
        i.            Para nasionalis yang menuntut kemerdekaan mahu menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
      ii.            Usul ini membawa kepada Suruhanjaya Reid dalam membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
    iii.            Setelah merdeka, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 (bahasa Kebangsaan) menyatakan bahawa ‘Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi negara merdeka’.
    iv.            Akta Bahasa Kebangsaan (1957), menyatakan bahawa Bahasa Melayu digunakan dalam semua urusan rasmi negara.
      v.            Akta Pendidikan (1961), membantu perkembangan sistem pelajaran yang bahasa penghantarnya ialah Bahasa Melayu.
    vi.            Perlaksanaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dikuatkuasakan melalui Akta Bahasa Kebangsaan (1957).
  vii.            Akta Pendidikan (1961) membantu perkembangan sistem pelajaran yang bahasa penghantarnya ialah bahasa kebangsaan.

Fungsi Bahasa Melayu Moden
v  Sebagai bahasa rasmi
v  Sebagai bahasa pentadbiran
v  Bahasa Perpaduan
v  Bahasa Ilmu
v  Bahasa Komunikasi

Perancangan Bahasa Melayu
Perancangan Bahasa Melayu ini membawa maksud usaha-usaha untuk memupuk dan mengembangkan bahasa ke taraf yang lebih maju. Bukan itu sahaja, malah satu rang undang-undang telah digubal dan diluluskan pada tahun 1959, iaitu Undang-undang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Peranan DBP
v  Menyelaraskan sistem ejaan Bahasa Melayu.
v  Mencetak bahan dalam Bahasa Melayu.
v  Memperkasa Bahasa Melayu.
v  Mencipta istilah pelbagai bidang.
v  Menerbitkan kamus.

Perancangan Bahasa
1.      Membuat dasar:
v  Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan
v  Akta Bahasa Kebangsaan 1963 / 1967
v  Laporan Razak (1956)
v  Penyata Rahman Talib (1960)
v  Akta Pendidikan 1961

2.      Kodifikasi / pengekodan peristilahan:
v  Penubuhan Jawatankuasa Istilah, pengekodan kamus, ejaan.

3.      Pelaksanaan dasar:
v  Minggu Bahasa
v  Bulan Bahasa
v  Kempen “Cintailah Bahasa Kita”


No comments:

Post a Comment