DEFINISI DAN ETIMOLOGI MELAYU

Takrif Melayu


M. Ptolemy telah menggunakan istilah ‘maleu-kolon’ dalam karyanya yang berjudul “Geographike Sintaxis”. Terdapat juga perkataan seperti malaya-dvipa dalam Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana. Catatan orang China ada menyatakan bahawa sebuah kerajaan ‘Mo-lo-yeu’ telah mengirimkan utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil buminya kepada raja China pada sekitar tahun 644 hingga 645 Masihi. Satu lagi catatan orang China ialah berkenaan catatan rahib Buddha yang bernama I-Tsing yang telah menggunakan kata ‘mo-lo-yu’ tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang. Catatan dalam Kesusasteraan China turut menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan oleh penduduk di situ ialah bahasa K’un-lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai Bahasa Melayu kuno. Malah, terdapat catatan perkataan ‘Malaya’ atau ‘Melayu’ pada bahagian belakang sebuah patung yang telah dijumpai di Padang Rocore, Batanghari yang bertarikh 1286 Masihi. Buku Sejarah Melayu juga ada mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu. 




Definisi “Melayu” dari Segi Etimologi

Etimologi ini bermaksud kajian tentang asal-usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut. Menurut Mohd Rashid (2007), mengatakan bahawa ‘Melayu’ itu terbit daripada perkataan Sanskrit ‘Malaya’ atau daripada perkataan Tamil ‘Malai’ yang bererti bukit atau tanah tinggi. Orang Portugis menggelarnya sebagai Malayo. Berdasarkan sejarah, bangsa yang bernama Melayu itu menempat dengan sunyi di sebuah kawasan anak sungai yang bernama Sungai Melayu di Hulu Sungai Batang hari atau kini terkenal dengan nama Sungai Jambi. Manakala di kawasan hulu Sungai Jambi itu terdapat sebuah kerajaan Melayu semasa sebelum terkenalnya Kerajaan Srivijaya atau Palembang Tua.
            Istilah ‘Melayu’ ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai sebuah suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Bagaimanapun, menurut Perlembagaan Malaysia, istilah ‘Melayu’ hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Merujuk kepada kata lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu. Istilah ‘Melayu’ yang digunakan untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah ‘Melayu’ yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah ‘Melayu’ hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.


            Penggunaan istilah ‘Melayu’ muncul buat pertama kali pada kira-kira 100 hingga 150 Masihi dalam karya M. Ptolemy, Geographike Sintaxis yang menggunakan istilah ‘maleu-kolon’. G. E. Gerini menganggap bahawa istilah tersebut berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu ‘malayakom’ atau ‘malaikurram’, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung. Istilah ‘Malaya dvipa’ muncul dalam kitab Purana, iaitu sebuah kitab Hindu purba yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud ‘tanah yang dikelilingi air’ dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab tersebut, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa merupakan sebuah Pulau Sumatera.
Istilah ‘Mo-lo-yu’ juga ada dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasting Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan ‘Mo-lo-yo’ yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera serta Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang. Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia dan sebahagian dari negeri Thailand dan Filipina. Tetapi, di Indonesia moden, orang Melayu ditakrifkan hanya sebagai salah satu daripada beratus-ratus kaum atau suku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia yang dilahirkan selepas kewujudan negara Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun sedemikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu, iaitu:
v  Penakrifan undang-undang
v  Penakrifan antropologi

Manakala di Malaysia pula, Perlembagaan dalam perkara 160 (2), mentakrifkan orang Melayu sebagai:
v  Seorang yang beragama Islam
v  Bertutur Bahasa Melayu
v  Mengamalkan adat istiadat Melayu

Bukan itu sahaja, malah orang Melayu ini dikatakan lahir sebelum Hari Merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada Hari Merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura. Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, takrifan adalah dianggap tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Misalnya, di Selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu. Penakrifan ini dikatakan tidak sesuai digunakan untuk takrifan kepada kaum Cina yang berbeza pertuturannya, sebaliknya berkongsi tulisan dan adab resam yang sama dalam kalangan suku-suku kaum yang berlainan.



Definisi ‘Melayu’ Berdasarkan Bangsa

Istilah Melayu dapat diberikan kepada dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan juga pengertian yang sempit.

Pengertian yang Luas
Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan Kepulauan Melayu. Berdasarkan ‘The Malay Culture Study Project’ (1972), konsep Melayu ini merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Secara umumnya, dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat yang lain di Nusantara.


Pengertian yang Sempit
Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu dalam Perkara 153 yang telah mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila mereka memiliki ciri-ciri seperti berikut:
v  Lazimnya berbahasa Melayu
v  Berkebudayaan Melayu
v  Beragama Islam (Tukar kewarganegaraan: taraf Melayu-hilang, yang murtad)

Orang Negrito
Orang Negrito merupakan penduduk yang paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak abad 1000 Sebelum Masihi berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Menerusi orang Negrito inilah telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh serta memiliki bentuk saiz badan yang pendek.

Raut Wajah Orang Negrito

Suku Kaum Orang Asli (Kumpulan Negrito)

Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada tahun 2500 Sebelum Masihi. Mereka pada masa itu telah memiliki peradaban yang lebih maju berbanding orang Negrito, iaitu ditandai dengan kemahiran yang pandai bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto di mana golongan ini dikenali sebagai Melayu Negosiddek di mana kebanyakan terdapat di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini dikatakan mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.


Raut Wajah Melayu Proto


Suku Kaum Orang Asli (Kumpulan Melayu Proto)




Gambar pada Zaman Melayu proto


Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro pula merupakan gelombang lanjutan daripada perpindahan orang Melayu kuno yang kedua, iaitu Melayu Proto yang berlaku pada tahun 1500 Sebelum Masihi. Mereka merupakan antara manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.



1 comment:

  1. Mo-lo-yo = Meloyor, Melayar, Melaut, Melayor/Melayo

    ReplyDelete